Assalamualaikum,,,
Terima kasih kerana ada yang sudi membaca dan mengikuti blog yang baru bertapak dalam dunia blogger ini. Entah kenapa aku terdetik untuk membuat blog ini. Aku sendiri tak pasti. Mungkin kerana aku memerlukan tempat untuk aku luahkan perasaan yang terbuku. Mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa aku namakan link blog ini bukan pengkhianat cinta. Ya, bukan pengkhianat cinta, walau kadang-kadang aku sendiri terasa yang aku adalah seorang pengkhianat cinta. Bila kalian membaca entri-entri akan datang, aku serahkan pada kalian sahaja samada manamakan aku sebagai seorang pengkhianat cinta atau sebaliknya. Dalam blog yang baru mahu bertatih ini akan aku coretkan ceritera sebuah cinta yang keliru. Oh,hampir saja aku terlupa, aku mahu mulakan penceritaan aku dengan jujur, jadi aku harus akui bahawa 'Khalishalaila' adalah sekadar nama samaranku. Tak perlulah aku dedahkan siapa aku kerana mungkin akan ada yang mengenali. Biarlah aku berkongsi suka duka tanpa siapa pun yang mengenali. kalian boleh memanggil aku dengan nama 'Esya' sahaja. Sekian dulu permulaan dariku.
No comments:
Post a Comment