Saturday, September 3

*Babak Pertama*

Bermula coretan untuk luahan isi hatiku.
Amat berat untuk aku imbas kembali tapi dimana lagi ruang dalam hati untuk aku simpan segalanya sendiri. Biarlah aku curahkan dalam entri-entri di dalam blog ini.
Aku mulakan penceritaanku dari mula-mula aku melangkahkan kaki ke sebuah institusi pengajian tinggi yang sudah lama aku hajati.
Aku rasa amat bertuah kerana diterima belajar di situ kerana mengikut pengetahuan aku, agak payah untuk bergelar pelajar di situ.
Permulaan cerita aku adalah ketika menjalani minggu orientasi di kolejku. Lebih kurang semingu aku bersama pelajar baru yang lain menjalani minggu suai kenal itu dan aku seperti biasa,masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.Aku senang bergerak sendiri kerana aku amat payah untuk memulakan satu persahabatan secara berdepan hingga ramai yang mengatakan aku sombong.Aku tak ambil kisah dengan semua itu kerana selepas mereka mengenali aku,baru mereka tahu yang sebenarnya aku bukanlah seorang yang sombong,malah aku seorang yang ceria dan agak becok.
Sepanjang hampir seminggu aku di situ,aku hanya mengenali beberapa orang rakan,tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan,tapi mengenai seorang jejaka yang aku sendiri pun tak tahu yang mana satu ketika itu.Biarlah aku namakan dia di sini sebagai 'Shidi' . 
'Shidi' adalah seorang lelaki yang aku kira agak pendiam dan sukar didekati. Setelah aku menjalani kuliahku di kolej hampir satu semester, aku hanya mendengar namanya sahaja,namun aku masih belum mengenali yang mana satu bernama 'Shidi'. dan aku bukanlah seorang yang suka mengambil tahu perihal orang lain. Jika ada yang bercerita, aku hanya mendengar dan selepas itu melupakannya. Dalam semester pertama aku di kolej juga,aku pernah bekerja di dalam kumpulan yang sama dengan dia,tapi aku masih belum kenal yang mana satu 'shidi'. Di facebook juga dia pernah memberi komen di status aku. mungkin pada ketika itu, aku malas untuk mengambil tahu tentang sesiapa.
Dipendekkan cerita, hinggalah aku berada di semester kedua di kolej,aku mendengar ura-ura yang tersebar di kalangan pelajar, 'Shidi' putus cinta. Yelah,aku bukan peduli pun. Aku cuma buat tak tahu saja seperti biasa. Dan pada awal semester itu juga,kami sekali lagi menjalani aktiviti anjuran fakulti bersama. Baru kali ini aku benar-benar kenal 'Shidi'. Tapi sepanjang aktiviti selama seminggu itu, jarang aku melihat dia,cuma di hari-hari terakhir baru dia munculkan diri. Ketika sesi penutup barulah aku tahu kenapa dia tidak memberikan komitmen di dalam aktiviti tersebut. Rupa-rupanya dia masih dalam proses mengubati luka dalam hatinya. Kesian aku melihat keadaan dia pada ketika itu,tapi apakan daya,siapalah aku untuk berkata-kata padanya.
Pertengahan semester itu,sekali lagi aku dan 'shidi' berada di dalam satu kumpulan yang sama. Dan baru kali ini aku benar-benar berpeluang bersua muka dengannya secara lebih dekat.Banyak yang kami bualkan,termasuk juga kisah percintaannya yang kecundang di tengah jalan.kami berkongsi pengalaman hidup dan macam-macam lagi.terbit rasa simpati dalam hati aku bila mendengar luahannya. Semakin hari kami semakin rapat. Satu hari 'Shidi' menumpangkan aku pulang kerana rumah aku rupa-rupanya hanya selang beberapa blok sahaja dari rumahnya. Aku tertidur di dalam kereta,dan bila hampir sampai aku terjaga. Malam itu menjadi saksi bila dia mula meluahkan isi hatinya padaku. Dia katakan padaku yang dia sudah lama memerhatikan aku tetapi malu untuk berterus-terang kerana dia takut aku sudah berpunya. Aku keliru dengan apa yang dia katakan kerana tak mungkin dia menunggu aku selama itu. Tapi dia meyakinkan aku.
Bermula dari hari itu, 'Shidi' semakin pulih dari kekecewaannya dan semakin dekat dengan aku. Aku jadi bimbang kerana aku tak mahu menjadi tempat pelarian kerana kekecewaannya. Namun,semua orang di kolej yang rapat dengan 'Shidi' memberitahu aku bahawa 'shidi' sudah lama menunggu aku tanpa pengetahuanku. Aku tak mahu memberi harapan palsu kepadanya kerana aku tak mahu dia kecewa lagi.
Suatu malam,aku bermimpi,*mimpi yang pada mulanya aku anggap sekadar mainan tidur*. Aku bermimpi aku bersama dengan seorang lelaki yang aku panggil sebagai 'Abang Is'. *nanti akan aku ceritakan tentang 'Abang Is'* Aku agak keliru,kanapa aku bermimpi tentang dia, sedangkan aku sekarang sedang memikirkan tentang hubungan yang ditagih dari 'Shidi'. Dan aku hanya menganggap mimpi itu sekadar mainan tidur.
Bila tiba hari yang dinanti-nantikan,aku memberikan jawapan kepada 'Shidi'. jawapan yang membawa cahaya keceriaan di wajahnya. Aku terima dia sebagai kekasihku. Aku sendiri tak pasti kenapa aku memilih jawapan itu. Aku cuma tak sanggup untuk melihat dia kecewa lagi. Aku tak mahu dia sakit. Tak mahu melihat dia jatuh dan ditertawakan oleh manusia-manusia yang hanya tahu menjatuhkan orang lain. Aku kasihan melihat dia begitu. Sehingga kakak angkatku kerap kali menyuruh aku berfikir dengan lebih dalam,dia tak mahu aku mengabaikan hati dan perasaan aku semata-mata untuk kebahagiaan 'Shidi'. Tapi aku tetap yakin yang aku akan bahagia dengan dia. Kerana perwatakannya amat baik. Aku yakin, walau tiada cinta pada permulaan kisah kami,tapi cinta itu pasti akan muncul.

------->>> To be continue...

No comments:

Post a Comment